Thursday, July 29, 2010

Permata tiruan curi perhatian




AKHIR dengan konsep moden kontemporari, pelbagai bentuk perhiasan ini seakan-akan berlian tulen. Peminat perhiasan tidak perlu mengeluarkan belanja hingga puluhan ribu untuk mendapatkan batu permata dengan reka bentuk semasa. Bukan sahaja mengurangkan risiko ancaman keselamatan

diri seperti kecurian, cara penjagaannya juga mudah.

Batu permata dibeli khas dari Kemboja ini memperlihatkan ciri keindahan tersendiri. Umumnya tahu batu permata adalah mineral yang dibentuk melalui proses geologi. Ia mempunyai harga jual tinggi dan diminati pengumpul batu.

Seperti berlian, batu permata yang terdiri daripada pelbagai nama ini digunakan sebagai hiasan pada rantai, gelang, cincin atau anting-anting. Uniknya, bukan sahaja golongan wanita menggemarinya malah ramai lelaki kini mula mengumpul koleksi cincin batu permata.

Bagi yang minat perhiasan rekaan sendiri, beli sahaja batu permata dan hiaslah sendiri perhiasan anda.

Terdapat lebih 40 jenis batu permata di seluruh dunia yang mempunyai sejarah tersendiri.

Kebiasaannya, batu-batu permata ini sesuai dipadan dengan perhiasan perak dan emas putih.

Selain dijadikan koleksi peribadi, ia boleh dihadiahkan kepada orang tersayang dan teman-teman.

Berada di kelas tersendiri, warna batu permata juga tidak pudar. Seperti barang kemas lain, emas putih atau perak boleh dicelup balik di kedai emas.

Menjelang Ramadan dan Aidilfitri, koleksi EJ menyediakan tempahan awal. Tampil dengan pelbagai corak serta warna unik dan terkini, ia merupakan alternatif kepada penggemar memilih serta kerap menukarkannya mengikut padanan pakaian mereka.

Koleksi yang berharga RM150 ke atas memberi peluang kepada peminat perhiasan membeli dengan harga ‘mampu dimiliki’.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: