Thursday, July 29, 2010

Olay himpun duta kecantikan


Duta-duta Olay Total Effects dari kiri, Miriam Quiambao, Bernie Chan, Tisca Chopra, Ira Wibowo dan Truong Ngoc Anch.


SEDEKAD meladeni keperluan produk anti penuaan, Olay Total Effect nyata semakin dekat di hati berjuta-juta wanita Asia.

Dan sempena ulang tahun ke 10 produk tersebut, P&G Beauty telah menghimpunkan kesemua lima duta kecantikannya yang terdiri daripada selebriti dan aktres terkenal rantau ini, dalam satu pertemuan penuh gemilang di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Ketujuh-tujuh mereka ialah pelakon terkenal Indonesia, Ira Wibowo, Tisca Chopra (India), Miriam Quiambao (Filipina), Truong Ngoc Anch (Vietnam) dan personaliti TV berbakat, Bernie Chan dari Malaysia.

Pengarah Bersekutu dan Prinsipal Artis P&G Beauty, Dr. Colin D'Silva berkata, kehadiran para duta Olay ini adalah sebagai bukti kukuh sumbangan jenama tersebut selama 10 tahun ini dalam membantu wanita mendapatkan kulit wajah yang mereka ingini.

Katanya, analisis kulit menyeluruh yang dilakukan ke atas para selebriti tersebut tanpa kehadiran alat solek menghasilkan keputusan yang cukup menarik mengenai kulit wajah masing-masing.

"Sebagai contoh keadaan kedut pada wajah Ira Wibowo adalah lebih baik berbanding 84 peratus wanita yang seusianya. Begitu juga keadaan kulitnya yang secara keseluruhan adalah lebih baik berbanding 59 peratus wanita yang 10 tahun lebih muda daripada beliau

"Malah Ira sendiri mengakui bahawa walaupun usianya mencecah 42 tahun dalam lakonan dia masih diberi peranan watak wanita usia 30-an.

"Ini adalah antara magis-magis yang kami berjaya buktikan melalui Olay Total Effects," kata D'Silva.

Begitu juga yang dialami oleh Ngoc Anh yang kerap disangka berusia 25 tahun sedangkan usia sebenarnya 34 tahun.

Pelakon yang juga usahawan terkenal Vietnam itu telah mencuba pelbagai produk namun akhirnya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh melalui Olay Total Effect.

Selain membantu menzahirkan kulit yang cantik dan lebih remaja, apa yang penting menurut D'Silva, ialah membina keyakinan di kalangan wanita-wanita ini.

Menurutnya, rahsia kejayaan produk tersebut ialah VitaNiacin, iaitu bahan anti penuaan yang mengandungi Niacinamide, Vitamin E dan C serta panthenol yang membantu mengembalikan seri dan keremajaan kulit wajah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: