Friday, July 30, 2010

Bersalah bunuh suami isteri




SEREMBAN - Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Mohamad Azli Azhari, (gambar) 23, dilihat tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan semua bukti menunjukkan tertuduh telah membunuh pasangan malang itu.

Azli dituduh membunuh Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang di sini antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada 16 Jun 2007.

Pasangan berkenaan baru lapan bulan bergelar suami isteri dan Aniza semasa dibunuh sedang sarat mengandung.

Pasangan suami isteri itu dijumpai mati oleh dua rakan mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan. Mayat mereka terlantar di ruang tamu rumah.

Ahmad Nasfy berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, tertuduh telah mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia telah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai Along Santan.

"Malah ketika ditahan, polis menjumpai senjata pembunuhan yang masih mempunyai darah di dalam simpanan kamu," kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Azli.

13 comments:

  1. simpati terhadapnya..mungkin tiada kesabarn ketika itu..kita pon ta tau kebenaran sebenar di sebaliknya..

    ReplyDelete
  2. elin kau ni bodoh la sokong pembunuh...jgn buat sebarang komen jika otak letak di buntut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. helooooooooo sokong pembunuh macam engkau tahu apa yang berlaku !! senyap !!!

      Delete
  3. takutnyerr..muka cam baik jee..

    ReplyDelete
  4. yelah disebabkan salahnya membunuh,so he get what his deserve lah..tp kita pon ta tau ape yg terjadikan, tah lelaki yg dia bunuh tuh pon bermasalah agaknya..yang dia ni pon agaknya puas hati even ke tali gantngkan..aku tak kata pon aku sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks elin for being so positive ! YES dia puas hati sebab lelaki yang dia bunuh tu yang bermasalah.

      kita doakan dia baik baik sahaja.

      Delete
  5. mesti ada sebab..bunuh jgn x bunuh...

    ReplyDelete
  6. die mmh baek.. ape yg die buat di luar batasan seorg manusia yg tidak lepas dr mmbuat kesilpn.. klu u al tau crite die psti u al akn buat mcm yg die buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ! doakan dia baik baik ...

      Delete
  7. dia mmg kwn yg sgt baik . dia hilang sabar sbb laki tu perangai mcm sial . klu korg pun korg akan hilang sabar . miss u ateh

    ReplyDelete
  8. dia telah dihukum pagi tadi,doakan spya arwah sempat bertaubat sblum dihukum.Arwah telah terima hukuman,maka mohon kita x lagi ckp tntg ksalahn arwah.Kami dan arwah bersama dlm skuad tinju n9 satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  9. Innalillah wainnalillahirojiun. Moga arwah sempat bertaubat dan keluarga dia tenang hadapi dugaan

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: