Thursday, July 29, 2010

Solekan berani dari L'Oreal


Koleksi pilihan warna terang dan berani untuk bibir dan mata.


TERANG, berani dan anggun. Semua orang sekarang menggilai warna intensif, dari koleksi catwalk terkini sehinggalah kepada trend kecantikan. Merah jambu yang terang, biru elektrik, firus yang menarik, kuning yang memukau, tiada batasan dalam penggunaan warna bagi koleksi yang menyeronokkan ini.

Adakah anda mahu bergaya dengan solekan berani yang menjadi trend pada masa kini? Diilhamkan dari landasan fesyen hinggalah ke kaunter solekan kegemaran anda, petua utama untuk menggayakannya yang mesti perlu ada pada anda adalah sikap berani.

Gunakan warna berani dan terang pada bibir

Cara permulaan mudah bagi menggunakan warna berani ialah dengan warna bibir. Tiada yang lebih menggoda berbanding warna cerah dan terang di bibir. Sekiranya anda inginkan solekan yang berani tetapi mahu mengekalkan kelembutannya, tambahkan glos bibir atau gincu cair berwarna merah atau merah jambu pekat.

Warna kegemaran yang wajar dicuba semestinya warna merah yang sering mengungguli senarai warna yang paling digemari bagi bibir ialah L'Oreal Paris Color Riche Made For Me Intense dalam 643 Red Passion, tona merah yang mewah dan mampu menyerlahkan bibir anda sepenuhnya.

Jangan keterlaluan

Menerusi warna-warna terang, beringatlah untuk menumpukannya pada satu kawasan sahaja. Jangan keterlaluan dalam penggunaan warna, sekiranya bibir anda sudah pun berwarna berani, solekan mata harus lebih lembut. Begitu juga sebaliknya, di mana solekan berani pada mata harus dipadankan dengan glos bibir yang tidak berwarna. Pemerah pipi juga perlu digunakan secara berpada-pada. Gunakan sapuan yang ringan dan tambahkan sedikit demi sedikit sehingga mendapat tona merah yang diinginkan.

Cuba solekan gelap

Bagi mendapatkan rupa yang berani dan intensif dengan segera, pembayang mata yang gelap merupakan jalan penyelesaiannya. Bagi mendapatkan solekan yang lebih segar dan ceria, warna-warna seperti biru, emas dan ungu boleh digunakan. Warna yang paling gelap harus disapukan pada bahagian kelopak mata yang paling hampir dengan bulu mata, manakala yang cerah pula hampir pada alis mata.

Dapatkan mata yang berani

Bagi pembayang mata yang berwarna-warni, mengapa tidak mencuba L'Oreal Paris Open Eyes Chrome Intensity? Koleksi palet yang mempunyai gabungan 4 warna, pembayang mata ini datangnya dengan warna-warna berani yang berpadanan agar mudah anda menyesuaikan padanan warna. Anda hanya perlu ingat, penggunaan warna yang gelap pada bahagian kelopak berhampiran bulu mata dapat menjadikan bulu mata anda kelihatan gelap, manakala warna bertona sederhana dapat membawa definisi kelopak mata yang ketara.

L'Oreal Paris Color Riche Made Fir Me Intense dan L'Oreal Paris Open Eyes Chrome Intensity masing-masing berharga RM33.90 dan RM 45.90 setiap satu. Dapatkan warna intensif kegemaran hari ini di semua kaunter kosmetik L'Oreal Paris bermula bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: