Wednesday, July 21, 2010

Ukiran persembahan untuk raja

MELIHAT jari-jemarinya pantas mengukir sayur menjadi bentuk bunga bagaikan satu kerja mudah.

CANTIK...Chef Mohd Shameezan bersama ukiran lobak putih.
CANTIK...Chef Mohd Shameezan bersama ukiran lobak putih.
HIDANG...ukiran lobak sesuai dihidangkan untuk meja makan  beradab.
HIDANG...ukiran lobak sesuai dihidangkan untuk meja makan beradab.
Namun, pengukirnya bukan setakat berbakat, bahkan memminat tinggi bagi menghasilkan satu ukiran yang cantik, kemas serta berseni.

Hampir 18 tahun dalam bidang kerja tangan ukiran buah dan sayur, Chef Mohd Shameezan Muhamad mengakui mengukir buah dan sayur memerlukan kesabaran serta minat yang tinggi.

Ini kerana setiap ukiran memerlukan tumpuan serta ketelitian dalam melakukannya selain kreatif membentuk objek yang diinginkan.

Menurutnya, dia mendalami ilmu mengukir dari Thailand kerana di sana, seni mengukir buah dan sayur sangat meluas, teliti serta mempunyai tahap kesenian yang tinggi berbanding negara lain.

"Ini kerana kebanyakan ukiran ini akan dipersembahkan kepada raja mereka untuk dinilai. Justeru, mereka akan menghasilkan ukiran yang cantik serta lain daripada yang lain," katanya yang berpengalaman luas dalam bidang masakan di hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur.Tambahnya, sesiapa juga mudah untuk mempelajari seni ukiran buah dan sayur asalkan mereka tidak jemu belajar dan cuba melakukannya setiap hari.


Latihan mengukir sama dengan memandu kenderaan. Jika dilakukan setiap hari, seorang pemandu itu menjadi cekap dan mahir mengendalikan kenderaan."Begitu juga dengan ukiran, daripada tidak mempunyai kemahiran asas, apabila dilakukan selalu, seseorang pengukir itu akan mahir dengan sendirinya. Asalkan mereka mempunyai semangat yang tinggi serta tidak berputus asa," katanya.


Selain membuat ukiran untuk meja makan beradab, Chef Mohd Shameezan yang memiliki ZtCarve Enterprise yang diusahakan bersama isterinya, Nurul Fathiah Bashir turut menjalankan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan korporat.

Pada masa sama, Chef Mohd Shameezan menjalankan kelas intensif ukiran buah dan sayur sama ada kepada individu, kumpulan atau di rumah.

"Untuk individu, biasanya kelas terbabit diberi kepada orang perseorangan yang menjalankan perniagaan katering atau hantaran.

"Latihan berkumpulan dijalankan untuk peserta seramai lima orang manakala kelas di rumah ditujukan kepada golongan kenamaan. Bayaran berbeza mengikut setiap pakej," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: