Monday, July 5, 2010

Tuah Leonardo DiCaprio


LEONARDO DICAPRIO


AKTOR Leonardo DiCaprio merasakan dirinya bertuah kerana membesar di Los Angeles. Ini kerana Leonardo berpendapat jika dia tidak membesar di Los Angeles, dia tidak mungkin akan berjaya menjadi seorang pelakon.

Dia yang popular menerusi filem Titanic mula muncul dalam program TV dan iklan pada usia 13 tahun. Leonardo juga memberitahu bahawa dia berjaya untuk merealisasikan impiannya kerana dia menetap berdekatan dengan lokasi pembikinan filem. Maka, itu memudahkan dia menghadiri uji bakat.

Katanya: "Seingat saya, sejak kecil saya memang mahu menjadi pelakon dan ironinya, saya menetap di Los Angeles. Tapi saya tidak pernah rasa saya akan menjadi sebahagian daripada komuniti pelakon.

"Namun, saya mempunyai peluang untuk menghadiri uji bakat selepas waktu sekolah. Rasanya jika saya menetap di negeri lain, saya tidak mungkin akan berpeluang untuk mengecapi apa yang saya perolehi hari ini."

Pelakon berusia 35 tahun itu juga menegaskan bahawa dia amat berterima kasih atas kejayaannya dan tidak akan mensia-siakan segala peluang yang diberi.

Tambahnya kepada satu temu bual dalam program Entertainment Tonight: "Saya terlibat dalam industri hiburan dan merasakan diri saya amat bertuah. Rasanya seperti menang loteri dan saya tidak mahu leka dengan kejayaan saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: