KUALA LUMPUR - Disebabkan gaji yang rendah sebelum ini, terdapat kakitangan pos yang berhasrat untuk mencari pekerjaan lain.
Seorang operator mel, Jeffridin Selamat, 28, berkata, pada awal bekerja, dia pernah berfikir untuk berhenti kerana gaji yang diterima tidak mampu menampung kehidupan di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Dia yang telah berkhidmat selama sembilan tahun bagaimanapun memberitahu, hasrat itu terpaksa dilupakan atas nasihat rakan-rakan dan keluarga.
"Kini saya boleh berbangga dan bersyukur sebab gaji pun sudah naik dan nasib kami sebagai kakitangan pos tidak terabai lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: