Wednesday, July 28, 2010

Suami sempat hantar SMS terakhir


NORANIZA menyiram air mawar di pusara suaminya sambil diperhatikan ibu mertuanya, Nik Hasnah Nik Yeh (tengah) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mampan Batu Pahat awal pagi semalam.


BATU PAHAT - "Jaga diri baik- baik, abang dah nak terjun dah ni."

Itu khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang dihantar oleh Laskar Udara Kanan, Hasnizam Ab. Wahid, 26, kepada isterinya, Noraniza Zakaria, 22, sebelum maut semasa menjalani latihan payung terjun di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut, Terengganu petang kelmarin.

Noraniza yang merupakan jururawat di hospital swasta di Kuala Lumpur berkata, dia menerima SMS itu kira-kira pukul 5 pagi hari kejadian.

Katanya, dia membalas SMS itu dengan meminta suaminya berhati-hati dan melakukan latihan terjunan itu sebaik mungkin.

"Saya tidak pernah menyangka itu adalah pesanan terakhirnya. Saya reda meskipun tak sampai setahun kahwin, abang telah pergi tinggalkan saya," katanya ketika ditemui di rumah keluarga arwah suaminya di Simpang Lima di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: