Kenapa Julia Ziegler mengeluarkan kenyataan demikian? Adakah sudah bosan dengan dunia glamor yang dikecapi sejak sekian lamanya? Julia sudah bosan mungkin dengan tohmahan atau gosip yang sering melanda dirinya saban hari. Malah model kacukan Melayu - Amerika ini pernah juga dilabel sebagai kurang bijak selepas terlibat dalam sebuah bualbicara yang mengupas pendapat mengenai isu bercinta dengan suami orang. "Bila jadi artis ni, kita kena pandai jaga diri sebab apa saja yang dilakukan akan mendapat perhatian masyarakat. Bila tersalah laku, artis akan dikatakan membawa gejala negatif kepada anak-anak muda dan sebab itulah masyarakat nampak artis tak boleh dijadikan idola.
"Bagi saya sendiri, sukar menjadi artis sebab banyak cabaran yang harus ditempuhi. Namun segalanya saya hadapi dengan redha. Jika ada yang tak kena atau saya rasa tak selesa, saya akan ambil wuduk dan selepas itu barulah tenang.
Nafi Kurang Bijak
"Mengenai bualbicara itu pula, saya tak mahu komen panjang. Sudah ada yang pakar mengenai isu itu ketika program berlangsung maka komen saya ketika itu mungkin kelihatan kurang profesional. Lagipun masa yang diberikan untuk meluahkan pendapat sangat singkat so tak banyak yang saya boleh ulaskan.
"Tak bolehlah kata saya kurang bijak sebab orang luar tak tahu apa yang berlaku masa itu. Tak banyak yang boleh diekspresikan kerana kesuntukan masa. Tolong jangan buat tanggapan saya kurang bijak disebabkan hal itu. Ada kaunselor yang lebih arif di sana yang lebih memahami topik yang diperbincangkan so macam mana saya nak luahkan pendapat saya," ujarnya yang semakin langsing. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: