Ada artis yang suka sangat uar-uarkan bab cinta mereka. Tapi sekian lama bercinta ada yang tak kahwin-kahwin sampai sudah. Malah ada yang cintanya mereka putus macam itu saja. Tak tahulah yang jenis itu sengaja nak dapat perhatian atau apa sahaja hajat di sebaliknya. Che Li suka cara pelakon, model dan pengacara Annahita Bakavolli Mehdi yang tak kecoh-kecoh pun pasal bertemu lelaki idaman atau dapat hadiah istimewa daripada buah hati. Tiba-tiba saja orang tahu dia berkahwin. Aman. Annahita ni orang berpelajaran. Dia ada kelulusan dalam bidang undang-undang. Jadi dia tak adalah nak kecoh-kecoh bercerita hal peribadi kepada orang ramai. Mungkin orang terdekat tahu ceritanya dan Annahita menyimpannya dengan sempurna.Annahita, 28, kini bergelar Datin Annahita setelah sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Mohd. Arshad, 44. Mereka berkahwin 11 Julai lalu dan majlis perkahwinan diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Resort pada 16 Julai lalu. Artis-artis muda yang belum kahwin tu bolehlah ikut cara Annahita yang tak suka bercerita pasal peribadi sebaliknya fokus kepada kerjaya. Sebab itulah tak ada ceita negatif pasal artis berdarah Iran itu. |
Wednesday, July 21, 2010
Kahwin: Annahita tak kecoh-kecoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga berkekalan ...
ReplyDelete