
LONDON - Pemain sayap Belanda, Arjen Robben memberi sokongan kepada rakan sepasukan, Wesley Sneijder untuk menyertai Manchester United pada musim depan.
Ini kerana, Robben mendakwa pemain tengah Inter Milan itu lebih baik daripada penyerang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi.
Sneijder, 26, menikmati kejayaan yang besar bersama Inter selepas meninggalkan Real Madrid musim panas lalu dan kini dia telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain berstatus bintang pada kempen Piala Dunia 2010.
Baru-baru ini, presiden Inter Milan, Massimo Moratti mengakui spekulasi yang mendakwa United sudah bersedia untuk membuat tawaran bagi mendapatkan Sneijder.
Robben yang juga rakan sepasukan Sneijder di Real sebelum menyertai Bayern Munich berkata, dia yakin perpindahan itu akan berlaku.
"Bagi saya, Sneijder adalah antara pemain terbaik di dunia sepanjang 12 bulan lalu," katanya.
"Secara peribadi saya fikir ada peluang yang sangat baik untuk dia menyertai United. Saya merupakan peminat setia Paul Scholes, dia adalah seorang pemain terbaik dalam generasinya.
"Secara jujur saya fikir Sneijder adalah pemain di dunia yang boleh menggantiakan tempat Scholes."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: