Saturday, July 3, 2010

Sisi kreatif Widy


WIDY SOEDIRO NICHLANY


SELAIN dikurniakan dengan bakat menyanyi dan menari, vokalis Vierra, Widy dilihat punya kelebihan dalam berfesyen. Sama ada muncul mengadakan persembahan pentas atau berada di tempat awam, wanita jelita itu sering berpenampilan menarik sehingga memukau banyak mata memandang.

Bukan itu sahaja, seluar yang sering digaya oleh Widy rata-ratanya kelihatan unik. Justeru, ramai peminat berasa pelik kerana ada beberapa koleksi celana miliknya sukar diperoleh di pusat-pusat beli-belah.

Memecahkan rahsia sendiri, rupa-rupanya Widy atau nama lengkapnya, Widy Soediro Nichlany sentiasa mengubah suai seluar yang dibeli agar ia terlihat lebih bergaya. Itu menjadi tabiat sukar dihapuskan sejak dia mula melibatkan diri dalam bidang glamor ini.

"Saya selalu menggunting seluar panjang yang dibeli bagi memperlihat ia lebih cantik terutama ketika hendak menyanyi. Selalunya, saya akan potong sehingga paras lutut," kata Widy sambil tertawa kecil mengenang hobi peliknya.

Disebabkan dia kurang gemar berbelanja untuk pakaian atau obses dengan barang berjenama membuatkan pelontar lagu Dengarkan Curhatku itu sentiasa mencari alternatif agar muncul dengan variasi stail.

"Saya pernah beli seluar mahal dan memiliki kualiti baik sebelum ini. Tetapi, disebabkan tidak rasa selesa, saya segera gunting lalu ia menjadi celana singkat," tutur Widy yang turut terbiasa memotong rambutnya sendiri tanpa mengunjungi salon ibarat wanita lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: