Thursday, July 29, 2010

RM30 juta naik taraf MyREN

PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDeC) mengumumkan penyelesaian proses untuk menaik taraf fasa dua Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MyREN) membabitkan peruntukan RM30 juta.

Ng Wan Peng
Ng Wan Peng
Proses menaik taraf itu memperlihatkan peningkatan MyREN sehingga 14 kali lebih kelajuan dan kapasiti jalur lebar supaya dapat berhubung secara terus kepada rangkaian pendidikan dan penyelidikan global lain di seluruh dunia.


Ketua Pegawai Operasi MDeC, Ng Wan Peng, berkata proses menaik taraf MyREN itu bakal memberi kemudahan kepada 200,000 penyelidik, pendidik dan pelajar di lebih 8,000 institusi pengajian antarabangsa kerana MyREN kini lebih pantas serta mempunyai kapasiti besar.


“MDeC sudah semakin hampir mencapai sasaran bagi menyediakan infrastruktur menyokong peningkatan permintaan data intensif berprestasi tinggi aplikasi pengkomputeran oleh komuniti penyelidikan tempatan.


“Kini fasa kedua MyREN sudah boleh dikatakan selesai dan MDeC bercadang memberi tumpuan kepada usaha mempromosi penggunaan aplikasi pendidikan dan penyelidikan itu dengan lebih meluas di seluruh peringkat,” katanya sempena Seminar MyFREN 2010 di Petaling Jaya, kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: