Friday, July 2, 2010

Relau abad pertama Masehi ditemui


INILAH relau besi yang ditemui pakar arkeologi USM dipercayai digunakan pada abad pertama Masehi di Kampung Gading, Jeniang baru-baru ini.


GEORGE TOWN - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui tapak kilang peleburan besi dipercayai dibina seawal abad pertama Masehi di Kampung Gading, Jeniang, Kedah pada bulan lalu.

Penemuan itu berjaya melengkapkan kajian pengkaji Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) selepas kejayaan menemui tapak serupa di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah pada Mei 2007.

Pada penemuan terbaru ini, tujuh buah relau tempat melebur besi berbentuk bulat yang masih lengkap ditemui bersama sejumlah 'tuyere' iaitu alat pembakaran yang diguna dalam industri ini pada zaman tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: