Friday, July 2, 2010

Kompleks Imigresen Bukit Bunga bernilai RM47 juta mula beroperasi


MAHASAM (dua dari kiri) memantau perjalanan keluar masuk orang ramai dari Malaysia ke Thailand di Kompleks Imigresen Bukit Bunga, Jeli semalam.


JELI - Kompleks Imigresen Bukit Bunga di sini yang bernilai RM47 juta mula dibuka untuk kemudahan orang ramai yang ingin keluar dari negara ini melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Imigresen Kelantan, Mahasam Mustapa berkata, pada masa ini, kompleks tersebut masih belum mengendalikan urusan kemasukan ke negara ini dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya sebaik sahaja siap pada Ogos depan.

Katanya, kompleks yang dibina di kawasan seluas 1.2 hektar itu sudah 95 peratus siap.

"Kompleks ini beroperasi mulai pukul 6 pagi hingga 7 malam dan menempatkan kira-kira 100 kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

"Jumlah kakitangan bertugas akan ditambah menjadi 300 orang apabila beroperasi sepenuhnya nanti," katanya pada majlis pra pelancaran kompleks berkenaan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: