Wednesday, July 21, 2010

Public Bank catat untung suku kedua RM981.98 juta




KUALA LUMPUR - Public Bank Bhd. (Public Bank) mencatatkan keuntungan pracukai lebih tinggi sebanyak RM981.98 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2010 berbanding RM819.78 juta yang dicatatkan di dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow (gambar) berkata, perolehan meningkat kepada RM2.679 bilion berbanding RM2.35 bilion.

Menurutnya, bagi tempoh separuh kedua, keuntungan pracukai kumpulan itu meningkat 22 peratus kepada RM1.90 bilion berikutan pertumbuhan kukuh di dalam kadar faedah dan pendapatan pembiayaan bersih, pendapatan bukan kadar faedah lebih tinggi dan peruntukan pelanggaran pinjaman lebih rendah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: