KUALA LUMPUR - Maybank melancarkan perkhidmatan perbankan mudah alih (M2U Mobile) yang dapat diakses pelanggan menerusi telefon mudah alih mereka.
Naib Presiden Maybank dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat (gambar) berkata, perkhidmatan terbaru itu membolehkan pelanggan mengakses portal Maybank2u.com menerusi platform pelayar mudah alih.
"M2U Mobile kini boleh digunakan pada semua telefon mudah alih yang mempunyai akses Internet berbanding sebelum ini di mana ia hanya menggunakan platform Java.
"Kini pelanggan memiliki kesenangan dan keselesaan untuk melaksanakan transaksi atau aktiviti perbankan terus dari tapak tangan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, M2U Mobile membolehkan pelanggan menyemak status akaun, semakan baki akaun, pindahan wang, pembayaran bil, pembayaran kad kredit kepada pihak ketiga, mengetahui kadar simpanan dan kadar mata wang asing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: