LONDON: Syarikat penerbangan Ryanair merancang merevolusikan perjalanan udara dengan memperkenalkan penerbangan dengan penumpangnya berdiri.
GAMBARAN tempat duduk tegak yang hendak diperkenalkan Ryanair.
Syarikat penerbangan tambang murah itu juga merancang mengenakan bayaran terhadap penumpang kerana menggunakan tandas dalam usaha ‘mengubah tingkah laku’ penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael O’Leary berkata, ujian keselamatan menggunakan ‘tempat duduk tegak’ itu akan dilakukan tahun depan. Pada masa sama, syarikat juga akan mula mengenakan bayaran £1 (RM5) terhadap penumpang yang menggunakan tandas.
Rancangan itu ialah untuk membolehkannya mengalihkan 10 barisan tempat duduk di belakang dalam 250 pesawatnya dan menggantikannya dengan 15 baris ‘kerusi tegak.’ Dua tandas di belakang juga boleh dialihkan untuk mewujudkan lebih banyak tempat duduk.
Antara 40 hingga 50 penumpang tambahan boleh dimuatkan dalam setiap penerbangan, membenarkan Ryanair mengurangkan kos operasi.
‘Tempat duduk tegak itu’ akan mula diperkenalkan dalam penerbangan penumpang yang mengambil masa kira-kira satu jam penerbangan.
Jika percubaan itu berjaya, ia merancang melaksanakannya dalam semua penerbangannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: