Friday, July 2, 2010

Laba Petronas susut 24.5%

PETRONAS mencatat perolehan RM216.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu, merosot 18.1 peratus berbanding RM264.2 bilion direkodkan untuk tempoh sama tahun sebelumnya.

PENJELASAN...Shamsul Azhar (tengah) memberi penerangan  sambil  disaksikan (dari kiri) Ratilal, Anuar, Wan Zulkiflee dan Wee.
PENJELASAN...Shamsul Azhar (tengah) memberi penerangan sambil disaksikan (dari kiri) Ratilal, Anuar, Wan Zulkiflee dan Wee.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata keuntungan sebelum cukai juga menurun daripada RM89.1 bilion kepada RM67.3 bilion, susut 24.5 peratus berbanding tahun kewangan 2009.


Faktor itu menyaksikan keuntungan bersih Petronas merosot 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion daripada RM52.5 bilion tahun lalu.


“Tahun lalu agak mencabar bagi Petronas berikutan suasana kemelesetan yang memberi kesan secara langsung terhadap industri minyak dan gas.


“Ini menyebabkan penurunan keuntungan bersih dan perolehan ini berikutan kurangnya permintaan untuk mendapatkan minyak mentah,” katanya pada sidang media sempena pengumuman prestasi tahun kewangan Petronas berakhir Mac 2010 di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal; Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Gas, Datuk Anuar Ahmad; Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Naib Presiden Eksekutif Penerokaan dan Perniagaan Pengeluaran, Datuk Wee Yiaw Hin.


Bagaimanapun, Shamsul Azhar berkata, kerugian keseluruhan sebahagiannya diimbangi kos pengeluaran lebih rendah.


“Ini sekali gus mengurangkan kesan kemerosotan sebanyak 30 peratus. Pengagihan hasil dan pembayaran petroleum juga lebih rendah iaitu 2.4 peratus selain caj pelunasan, susut nilai dan kelainan 1.4 peratus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: