KECANTIKAN wanita bukan hanya dilihat apabila dia mampu memiliki kulit cerah tanpa jerawat, memiliki sepasang mata yang cantik disalut maskara atau bibir mungil nan seksi dilapis gincu.
CANTIK...(hadapan dari kiri) Vivien, Tengku Zainab dan May June bersama tiga pendandan (dari kiri) Yap, Florence dan Lim.
Menjaga kesihatan rambut adalah perkara yang sangat penting. Ini kerana rambut mampu merubah penampilan seseorang sehingga kelihatan lebih menawan. Namun, kebanyakan wanita mengabaikan penjagaan rambut sehingga muncul masalah kerosakan rambut seperti rambut gugur, kusam, patah, bercabang tipis dan berkelemumur.
Namun, kesihatan rambut yang bermula dengan rutin lengkap penjagaannya seperti mencuci dan melembap, perlu pula diseimbangkan dengan seni dandanan rambut kerana tanpanya kecantikan seorang wanita sukar diserlahkan.
Bagi membuktikan hal ini, tiga wanita yang memiliki masalah rambut diperkenalkan pada majlis kempen advokasi kecantikan Sains dan Seni Rambut yang menggembleng kepakaran saintifik Procter & Gamble Malaysia (P&G) dengan sentuhan artistik pendandan profesional daripada Persatuan Dandanan Rambut Malaysia (MHA).
Mereka adalah Presiden Persatuan Dandanan Malaysia, Billy Lim, yang berjaya merubah penampilan penyampai televisyen, peragawati dan pelakon, May June Tan menjadi lebih menyerlah. Florence Lum dengan sentuhan menawan menjadikan penulis dan penari, Tengku Zainab Ajlaa, menjadi lebih seksi dan anggun.
Pendandan Aaron Yap pula menyerlahkan lagi penampilan penulis blog dan peragawati sambilan, Vivien Sam untuk tampil hebat di khalayak ramai.Semua wanita anggun ini dipilih secara khusus untuk menjalani tempoh dua minggu rejim rawatan di rumah menggunakan rangkaian Pantene Pro-V disokong Pantene Night Miracle Serum.
Selain rawatan dan dandanan, Saintis Prinsipal dan Pengarah Bersekutu Komunikasi Saintifik & Perhubungan Awam P&G, Dr Colin D'Silva turut berkongsi pandangan mengenai masalah rambut setiap peserta serta memberikan penjelasan mengenai kerosakan rambut dan rawatan berkaitan.
"Salah satu masalah rambut yang biasa bagi wanita ialah hujung rambut pecah disebabkan pemilihan produk yang salah serta gaya hidup seharian.
"Kajian makmal Pantene menunjukkan rejimen Pantene Pro-V boleh mengurangkan hujung rambut pecah menerusi rumusan yang menyerap ke dalam rambut, menyaluti dan mengubah, menjadikan rambut kembali sihat sekali gus mengurangkan kekusutan dan terpecah," kata D'Silva.
May June pula menghadapi masalah rambut gugur serta kering. Justeru, Lim membuat potongan pendek serta bertingkat bagi memberikan penampilan segar serta menyerlah.
Dr D'Silva menyarankan May June menjalankan rutin harian menjaga rambut bagi mengurangkan masalah rambut gugur serta kering.
Tengku Zainab, wanita lasak serta aktif bimbang dengan keadaan rambut yang tidak bermaya serta terdedah dengan habuk, asap dan minyak. Selepas rawatan kulit kepala selama dua minggu, Florence mengubah gaya rambut menjadi lebih moden dan kemas. Ini bagi mengurangkan masalah kulit sensitif serta mudah dicuci.
Dr D'Silva turut mencadangkan Tengku Zainab terus menggunakan rawatan untuk kulit sensitif serta perapi setiap hari. Penggunaan serum juga sangat membantu memperbaiki pertumbuhan rambut.
Bagi Vivien, dia memiliki rambut panjang, kerinting serta kering. Selepas rawatan dua minggu, rambutnya kembali sihat dan bersinar.
Menurut Dr D'Silva, rejim penjagaan membersih dan merapi sangat penting bagi mendapatkan rambut lembut. Perapi mampu mengembalikan keadaan semula jadi rambut.
Pendandan, Yap menambah sedikit warna pada rambut Vivien supaya tampil dengan wajah moden dan segar.
Menurut pendandan rambut, Lim, setiap orang memiliki lebih 100,000 helai rambut, manakala keseluruhan permukaan kulit ada sekitar lima juta rambut yang sukar dilihat mata kasar manusia. Rambut mengandungi fiber yang sangat banyak dan kuat sehingga mampu menggantung dua ekor gajah.
"Justeru, masalah rambut gugur serta menipis boleh dirawat jika menggunakan produk serta teknik rawatan betul. Bagi mereka yang gugur 50 sehingga 100 helai rambut sehari, itu adalah normal kerana rambut yang gugur akan tumbuh semula," katanya.
Menurut Lim, kulit kepala terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekat akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan ini akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut.
"Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat. Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut.
"Jika kapilari tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur," katanya.
Paling utama adalah tekanan, kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan kulit kepala berminyak dan berkelemumur.
Justeru, Lim menasihati wanita agar membasuh rambut sekali sehari. Sekiranya rambut berminyak mereka disarankan membasuh pada waktu pagi dan petang. Rambut yang dibasuh setiap hari tidak akan menyebabkan rambut gugur jika dilakukan dengan betul.
"Caranya dengan membasuh rambut menggunakan syampu sesuai, kemudian buat urutan lembut pada kulit kepala satu hingga tiga minit. Urutan ini sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Gunakan perapi untuk menambah kelembapan rambut serta mengurangkan rambut kusut," katanya.
Pemilihan makanan juga sangat penting untuk membantu pertumbuhan rambut. Memakan banyak makanan mengandungi protein seperti ikan, sayuran kekacang, telur, susu, daging dan keju menjadikan rambut lebih kuat serta mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang dan pecah.
Vitamin pula membantu memelihara warna rambut agar kekal hitam serta mengurangkan rambut berminyak.
"Banyakkan minum air putih lapan sehingga 10 gelas sehari, ini kerana rambut yang segar dan sihat datangnya daripada badan yang sihat," kata Lim.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: