DALAM sibuk terkejar ke sana ke mari, pelakon dan pengacara jelita, Sarimah Ibrahim masih sempat memikirkan soal kecantikan dan kesihatan. Dia akui perlu bijak menjaga dietnya supaya mendapat tenaga yang seimbang untuk bergerak aktif sepanjang masa selain mengekalkan kelangsingan badan.
Melalui pelantikan itu, Sarimah ingin berkongsi dengan peminat dan seluruh rakyat Malaysia mengenai kehidupan sihatnya bersama Equal.
"Saya sememangnya pengguna Equal sejak zaman remaja kerana ibu bapa juga pengguna setia produk ini. Ternyata ia ada banyak kebaikan kerana dapat membantu mengurangkan kalori seharian tanpa mengurangkan 'kemanisan' sama ada dalam makanan mahupun minuman.
"Secara tidak langsung Equal dapat menolong kita menjaga kesihatan badan terutama mengurangkan risiko penyakit berbahaya.
"Apa yang menarik mengenai Equal, ramai tidak tahu penggunaannya boleh dipelbagaikan, sama ada dalam minuman, masakan seharian malah apa jua resipi kegemaran kita daripada lauk-pauk, kek hingga kuih muih. Ini kerana Equal boleh didapati dalam bentuk serbuk dan pil," jelas Sarimah.
Ditanya, apakah benar Equal dikatakan bahan pemanis yang dikhususkan untuk golongan berduit saja, Sarimah kurang bersetuju dengan pendapat itu."Saya rasa harga Equal sangat berpatutan, sesuai dengan kualitinya. Jika kita bersungguh-sungguh mahu menjaga kesihatan dan mengurangkan kalori berlebihan dalam badan, kita perlulah ada matlamat dan berhenti mengambil produk serta pemakanan yang memudaratkan.
"Contohnya ada yang boleh berhenti merokok atau tidak membeli makanan yang tinggi kalorinya. Lalu memanfaatkan wang itu dengan membeli produk yang dikhususkan untuk penjagaan kesihatan seperti Equal," katanya.
Bercakap mengenai tugas pengacaraan, Sarimah, 32, menafikan dia sudah boleh 'demand' selepas menjadi pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8).
"Ia tidak benar. Saya tidak pernah meminta bayaran lebih selepas menjayakan AF8. Bagi saya AF dapat mempertingkatkan keyakinan dan saya suka menyahut cabaran. Bayaran yang saya dapat juga setimpal dengan komitmen tugas selama tiga bulan dalam AF8," katanya.
Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Sarimah sekali lagi diintai kru penerbitan The Biggest Loser Asia untuk mengacarakan program realiti TV berkenaan.
"Selain The Biggest Loser Asia, saya juga sangat gembira dan bersyukur kerana terus dilantik menjadi Hos Eksklusif Astro bagi tahun keempat dan kelima.
"Tahun ini juga saya berazam menghabiskan pengajian dalam bidang psikologi. Saya juga mahu terus dalami sukan menyelam," katanya yang ingin kembali berlakon filem.
"Insya-Allah saya akan terbabit dengan satu projek tidak lama lagi. Baru-baru ini pengarah terkenal Mamat Khalid menawarkan saya watak untuk sebuah filem baru, bagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya.
PROFIL SARIMAH
Nama Penuh: Sarimah Ibrahim
Panggilan: Sarimah atau Kak Mah
Tempat lahir: Dublin, Ireland
Tarikh Lahir: 19 Februari 1978
Keturunan: Melayu-Irish
Tinggi: 165 cm
Berat: 50 kg
Pendidikan: A-Level
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Filem: Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3, GK3 The Movie
Hos: The Biggest Loser Asia, AF8
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: