Sunday, July 11, 2010

Pecahan Ada Band


BAND 6NAM 9EMBILAN


SETELAH keluar daripada grup Ada Band, Khrisna Balagita iaitu pemain keyboard kumpulan itu membentuk sebuah grup baru dengan nama Band 6nam 9embilan.

Malah, grup itu telah pun melancarkan album perdana mereka, Rebirth. Namun, lagu-lagu mereka dikatakan tidak jauh beza dengan konsep lagu Ada Band.

"Kalau mirip Ada Band, memang benar kerana 96 peratus lagu-lagu Ada Band adalah hasil kerja saya.

"Tapi seiring masa berjalan, grup baru saya ini akan menemukan warnanya sendiri," ujar Khrisna.

Nama 6nam 9embilan juga mempunyai makna tersendiri. Menurut Khrisna, ia adalah simbol keseimbangan kerana kedua-dua angka tersebut memiliki bentuk yang sama tetapi terbalik.

Bentuk nombor 69 juga dikaitkan dengan filosofi kuno Cina iaitu yin dan yang merupakan simbol keseimbangan.

"Ertinya angka 69 adalah keseimbangan," ujar Khrisna.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: