Sunday, July 11, 2010

Lagi rusuhan ganas meletus di AS


SEORANG penunjuk perasaan digari dua anggota polis ketika rusuhan di Cleveland bagi membantah keputusan James (gambar kecil) berhijrah ke Miami.


CLEVELAND - Selepas Amerika Syarikat gempar dengan rusuhan perkauman di Oakland, California, ribuan penduduk di Ohio turut melancarkan protes jalanan namun kali ini kerana penghijrahan seorang pemain bola keranjang ternama.

Ramai peminat LeBron James yang mewakili pasukan elit Cleveland Cavaliers merusuh dengan merosakkan replika pemain itu setinggi bangunan 10 tingkat di sini kelmarin selepas dia mengumumkan berpindah ke Miami Heat di Florida.

Polis antirusuhan dikerah mengawal keadaan sejurus James, 25, menyatakan hasrat itu secara langsung menerusi wawancara stesen ESPN dengan tawaran gaji paling lumayan dalam sejarah Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Pemain yang diberi gelaran King James itu sebelum ini digembar-gembur akan menyertai New York Knicks atau Chicago Bulls namun, memilih pasukan Miami Heat selepas ditawarkan pendapatan tahunan AS$100 juta (RM319 juta).

Beberapa orang ditangkap kerana cuba mencetus huru-hara dengan membakar harta awam tetapi, keadaan jauh berbeza di Florida apabila ribuan penyokong kelab Miami Heat bersorak gembira mendengar pengumuman James itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: