Monday, July 26, 2010

Orlando Bloom kini suami orang

Orlando Bloom kini dikatakan sudah menjadi suami kepada tunangnya si model hangat Miranda Kerr secara rahsia dan diumumkan pada Khamis lalu.

Waktu dan tarikh sebenar mereka berkahwin tidak diketahui oleh sesiapa tetapi mereka sekarang sedang berbulan madu dan ini sebabnya mengapa Kerr membatalkan penampilannya untuk David Jones.

“David Jones dengan murah hati melepaskan saya buat masa ini jadi kami boleh menyambut majlis yang indah dan bulan madu bersama,” katanya dalam kenyataannya.

“Saya sebahagian daripada keluarga David Jones dan sangat komited dengan peranan saya. Saya bersyukur kerana David Jones membenarkan saya menikmati saat yang paling indah dalam hidup,” katanya.

Terdahulu Kerr dan Bloom, 33, berpacaran selama lebih kurang tiga tahun, mengumumkan pertunangan mereka pada Jun lepas.

“Kami telah bersama dan berbincang mengenai hal ini, tetapi bila ia betul- betul terjadi kami terkejut,” Kerr memberitahu The Sunday Tmes Australia awal bulan ini.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas mengenai rancangan perkahwinannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: