Wednesday, July 21, 2010

Oksana tuntut Mel Gibson bayar ganti rugi AS$10j

Akibat memukul dan menyumpah bekas kekasihnya yang juga seorang model, Mel Gibson berdepan tindakan undang-undang apabila Oksana Grigorieva menuntut ganti rugi sebanyak AS$10 juta.

Oksana yang mempunyai bukti rakaman audio dakwaan Mel Gibson mengancam dan menyumpah Oksana tersebar di internet.

Dalam rakaman tersebut, sutradara Passion of the Chris itu memaki Oksana dengan kata-kata rasis.

Oksana juga telah melapor kepada pihak polis atas tindakan yang dilakukan Mel kepada dirinya.

Menurut Showbiz Spy, hingga kini rakaman percakapan itu masih disimpan oleh Oksana. Rakaman tersebut dipercayai mampu menjadi bukti untuk menjatuhkan Mel.

Wanita yang melahirkan anak Mel itu juga memasang strategi untuk mengancam Mel.

Oksana dikhabarkan sering menghubungi Mel untuk menuntut nafkah anaknya. Namun Mel menolak kerana sebelum ini dia gagal mendapatkan hak jagaan puterinya, Lucia yang baru berusia 8 bulan.

Mel dan Oksana bercinta pada April 2009. Mereka muncul di hadapan publik selang beberapa minggu setelah isteri Gibson iaitu Robyn Moore, memfailkan cerai.

Selang setahun selepas itu, kisah kasih Mel dan Oksana hancur. Pada 20 April tahun ini, Oksana meminta untuk putus daripada Mel Gibson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: