Wednesday, July 21, 2010
Kisah Kaisara versi Internet tawar hadiah lumayan
Kisah Kaisara yang sebelum ini pernah disiarkan di TV9 dan TV3 selama tiga musim, kini kembali menemui peminatnya. Bukan di kaca TV, tapi kali ini menerusi talian internet di laman web kotex.
Siri drama yang memaparkan kisah sekumpulan gadis remaja yang mengharungi isu sebenar kehidupan remaja ini bukan sahaja menjanjikan kisah yang lebih menarik, namun turut memberi peluang kepada anda untuk memenangi ‘netbook’ baru dari Sony Vaio bernilai RM1 899 dan 99 keping tiket wayang.
“Kami merasakan sudah sampai masanya untuk maju setapak lagi dan telah memulakan penerbitan siri Kisah Kaisara di platform ‘online’.
“Kami tahu kumpulan gadis yang kami sasarkan banyak menghabiskan masa di Internat dan inilah cara terbaik untuk mendekati mereka,” kata Haniza Tahir, Pengurus Pemasaran Kotex, Kimberly-Clark Malaysia.
Siri web Kisah Kaisara yang baru sahaja memuka tirainya pada 17 Julai ini memaparkan kisah seorang gadis melayu bernama Kaisara bersama rakannya Dania, Hana dan Amy yang berkongsi isu-isu sebenar remaja wanita seperti dating haid, bau badan, kedaraan, kanser payu dara, seks, mitos tentang tubuh dan lain-lain masalah secara terbuka.
Siri ini dibintangi oleh Sari Yanti Mohamad Nazari sebagai Kaisara, Wan Sharmila Wan Mohamed sebagai Amy, Elliza Abdul Razak sebagai Dania dan Faralyna Md Idris sebagai Hana.
Untuk maklumat lanjut layari www.kotex.com.my dan tontonilah drama bersiri Kisah Kaisara bersama rakan-rakannya disamping memenangi hadiah lumayan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: