Wednesday, July 14, 2010

Mulan kurus bukan kerana diet

Walaupun pelbagai khabar angin yang bertiup tentang susuk tubuh Mulan Jameela yang dilihat semakin kurus, tuan punya badan tidak sedikit pun melahirkan rasa bimbang malah mengakui dia sememangnya menyedari tentang berat badannya yang semakin menurun.

Malah, Mulan juga menafikan dia mengamalkan diet yang ketat agar tubuh badannya kekal langsing.

Sebaliknya penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi ini mengatakan dia lahir daripada keturunan keluarga yang sukar untuk gemuk.

"Saya jadi kurus begini sebab keluarga saya memang susah gemuk. Hendak kurus senang tapi, kalau nak gemuk memang susah.

"Sampaikan saya terpaksa ambil vitamin daripada doktor sebab nak tambahkan berat badan,” katanya.

Disebabkan susah untuk gemuk, jadi Mulan hanya menjaga kesihatan dirinya dengan mengambil pemakanan yang betul.

"Rasanya kesihatan lebih penting. Cuma kalau dapat bentuk badan yang sedikit berisi itu sudah memadai,” katanya yang mengamalkan memakan telur setengah masak dua kali dalam sehari,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: