Monday, July 19, 2010

LX Mode utamakan prestij


Pusat pameran lx mode di Damansara Utama.


BAGI penggemar kereta di negara ini mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk memiliki kenderaan idaman bergantung kepada minat dan keupayaan masing-masing.

Ada yang membeli untuk keperluan dan ada pula sanggup berbelanja demi kepuasan.

Disebabkan permintaan yang terus meningkat, maka syarikat-syarikat pengedar kereta juga bertambah termasuk yang membawa masuk kereta-kereta berprestij dari luar menggunakan permit import (AP).

LX Mode Sdn. Bhd., merupakan antara beberapa pemegang AP yang membawa masuk pelbagai jenis kereta mewah dan berprestij ke negara ini.

Ia bermula pada 2004 dengan pada peringkat permulaan menumpukan kepada kereta popular yang dibuat penalaan semula.

Kini LX Mode lebih fokus kepada jenama premium dan popular serta memasarkan kereta yang berkualiti.

Dengan tiga pusat pameran iaitu di Damansara Utama dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur serta Alor Star, LX Mode merupakan antara pengimport dan pengedar jenama premium di negara ini.

Semua jenama utama yang berprestij boleh dilihat di pusat-pusat pameran LX Mode yang memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan.

Sebut apa juga jenama yang diimpikan, Toyota Alphard, Estima, Lexus IS dan RXs serta semua model BMW termasuk X5 dan X6.

LX Mode juga menawarkan pelbagai model Mercedes dari kelas C, E, S, dan SL.

Bagi yang berminat dengan kenderaan sport utiliti (SUV) LX Mode menawarkan Porsche Cayenne, Range Rover, Audi Q7 dan Hummer untuk pelanggannya.

Dengan lebih 150 unit untuk dipilih, sudah tentu ia mampu menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna.

Malah jika ada mereka yang mahukan model tertentu yang tidak ada dalam stok syarikat itu, khidmat tempahan disediakan untuk pelanggan yang mahukan jenama khusus.

Sempena dengan musim perayaan yang bakal menjelang, LX Mode mengadakan Jualan Pra-Perayaan 2010 pada 17 dan 18 Julai di bilik pameran di Damansara Utama dan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Antara tarikan utama ialah pelbagai jenis kereta termasuk 70 unit Toyota Wish dan Toyota Vellfires. Sempena jualan istimewa itu harga untuk Toyota Wish bermula dari RM100,000 dan Vellfires dari RM250,000.

Pilihan jenama mewah yang ditawarkan dengan harga istimewa untuk tempoh dua hari itu ialah Range Rovers, Porsche Cayennes dan juga BMW serta Mercedes-Benz.

Malah sepanjang dua hari itu, makanan turut disediakan kepada para pelanggan yang datang selain persembahan hiburan.

Selain tiga ruang pameran sedia ada, LX Mode juga sedang membangunkan pusat pameran autonya yang Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk yang ditawarkan LX Mode boleh hubungi 03-7725 2870 atau 03-2161 8855.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: