Wednesday, July 7, 2010

Kristen tidak mahu jadi Angelina


KRISTEN STEWART


AKTRES yang menempa nama menerusi siri filem Twilight, Kristen Stewart tidak mahu menjadi Angelina Jolie walaupun dia berpendapat aktres itu seorang yang menakjubkan. Pelakon berusia 20 tahun yang menjayakan watak Bella Swan dalam Twilight itu mengagumi bakat lakonan Angelina serta komitmen terhadap kerja amal.

Namun, Kristen menyatakan dia tidak mahu bertukar tempat dengan aktres seksi tersebut. Katanya: "Saya tidak mahu menjadi Angelina Jolie. Bukannya kerana Angelina tidak berbakat malah dia seorang yang cantik, berjaya, mengagumkan dan berhati mulia. Cuma saya tidak mahu menjadi bintang filem seperti itu."

Walaupun menjadi antara pelakon popular ketika ini, Kristen tidak menikmati zaman kegemilangannya. Dia yang dikatakan sedang bercinta dengan gandingannya dalam filem Twilight, Robert Pattinson menambah: "Saya tidak rasa status selebriti itu sesuatu yang hebat.

"Saya faham ramai orang akan mengenali saya tetapi kenapa perlu obses? Mereka yang menyukai anda tidak mengenali anda. Perasaannya amat ganjil."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: