|
|
SELEPAS berminggu-minggu menyaksikan pelbagai ragam kumpulan muzik beraksi di pentas Rentak Juara 2010, ia kini sudah semakin menghampiri kemuncaknya.
Gelanggang akhir pertandingan mencungkil band baru hanya tinggal seminggu saja lagi.
Minggu depan, kesemua lapan band yang sudah mengesahkan penyertaan mereka akan menyahut cabaran yang bukan kecil.
Pertandingan anjuran RTM ini menawarkan wang tunai RM100,000 kepada mana-mana band yang berjaya menarik perhatian para juri.
Dan kesemua lapan band yang dimaksudkan ialah kumpulan Brownees, kumpulan Car Crash Hearts, Enigmatic Six, Enava, Anthem, Alternature, Superfriends serta D'Rough Mixture.
Sementara menantikan laluan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Tuanku Mohamad Shah, Sungai Gadot, Seremban, Negeri Sembilan minggu depan, para penonton dan peminat Rentak Juara 2010 akan berpeluang menyaksikan kehebatan mereka beraksi dalam konsert pemanas badan.
Kesemua band berkenaan diberi peluang untuk mengadakan persembahan khusus sebagai persediaan dari aspek mental dan fizikal sebelum beraksi di gelanggang akhir nanti.
Pada masa yang sama, para peminat juga sudah boleh mengundi band-band pilihan mereka mulai minggu ini dengan cara mengirim undian dengan menaip RJ
Sementara itu, laman sosial Facebook Rentak Juara 2010 menjadi medan bagi para peminat program itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan juri memilih kumpulan Brownees dan Car Crash Hearts menyertai pertandingan akhir.
Banyak rasa dan luahan tidak gembira para peminat program berkenaan dapat dilihat berhubung pemilihan dua band itu.
Barangkali, ada yang tidak suka dengan komen yang sudah mencecah ratusan reaksi itu.
Namun seperti mana yang disebut oleh juri Rentak Juara 2010, Roslan Aziz, pemilihan peserta dibuat berdasarkan kualiti dan kemampuan band-band berkenaan.
Roslan mengakui, beliau sangat selektif dan begitu tegas dalam memilih band yang wajar dibawa ke peringkat akhir.
Justeru, kepada mereka yang tidak gembira dengan apa saja keputusan yang dibuat, harus diingatkan keputusan adalah muktamad.
Yang memilih mereka bukanlah calang-calang orang, sebaliknya, Roslan dan Datuk David Arumugam sudah lebih dulu makan garam dalam bidang muzik.
Pastinya juga mereka sudah melakukan keputusan yang paling terbaik demi reputasi mereka serta imej Rentak Juara 2010.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: