Friday, July 2, 2010

Fatimah gembira


Zuraidi (kanan) meneliti laporan kesihatan Yahya sambil diperhatikan Fatimah di rumahnya, Kampung Bendang Raja, Pendang semalam.


PENDANG - Fatimah Omar, 48, yang mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk mengeluarkan caruman suaminya daripada Singapore Central Provident Fund (CPF), melahirkan rasa lega selepas mendapat berita permohonannya sedang dipertimbangkan pihak berkaitan.

Beliau kini hanya mengambil upah menoreh getah dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM350 sebulan sejak awal tahun ini bagi menanggung keluarganya setelah suaminya, Yahya Dani, 50, lumpuh pada November tahun lepas.

"Yahya pada mulanya mengalami tekanan jiwa akibat kematian ayahnya pada 2007 namun lama kelamaan seluruh badannya lumpuh dan tidak mampu bercakap," kata Fatimah semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: