KUALA TERENGGANU - Kereta kena saman hampir setiap hari.
Masalah itu dihadapi penduduk Taman Perumahan Jalan Pejabat di sini selepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melarang mereka meletak kenderaan dengan membuat garisan kuning betul-betul di hadapan rumah penduduk di situ sejak seminggu lalu.
Salah seorang penduduk, Toh Chin Keong, 45, berkata, kenderaannya yang diletakkan di luar rumah disaman oleh seorang penguat kuasa MBKT semasa dia balik untuk makan tengah hari Isnin lalu.
"Sudah hampir 20 tahun saya tinggal di perumahan ini dan meletak kereta di situ tanpa sebarang masalah. Saya terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Chua berkata, dia telah menerima empat saman dalam tempoh seminggu lalu.
"Malah, sebuah kereta saya yang rosak dan diletakkan di luar rumah turut disaman," katanya.
Beliau mempertikaikan tindakan MBKT membuat garisan kuning di hadapan rumah penduduk sehingga menyusahkan mereka yang telah tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: