Tuesday, July 13, 2010

Joe, Ila mula rancang masa depan bersama

PADA konsert separuh akhir Mentor 4 yang lalu, Joe Flizzow dengan yakinnya mengumumkan kepada penonton protegenya, Ila akan kembali.

pix_middle
Mungkin ada yang tidak ambil tahu pun kata-kata Joe itu, tetapi bagi peminat dan penyokong Ila atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 21, pastinya mereka mengharapkan kenyataan Joe bukanlah sekadar luahan di angin lalu.

Nyata apa yang diperkatakan anggota kumpulan Too Phat atau nama sebenarnya Johan Ishak, 30, bukan sekadar cakap kosong.

Khamis lalu, mentor dan protege ini memenuhi sesi fotografi bersama Rap untuk bercerita mengenai perancangan masa depan mereka.

Selayaknya sebagai artis senior, Joe memulakan perbualan, sekali gus memberikan 'input' berguna untuk Ila mempraktikkannya kelak dalam mana-mana sesi temubual yang bakal dipenuhinya selepas ini.

Kata Joe, perkembangan selepas tersingkir daripada Mentor adalah sangat menarik dan diluar jangkaannya apabila anak didiknya diintai pihak Warner Music Malaysia."Warner Music tertarik dengan suara Ila dan mereka bersetuju menjalinkan perjanjian mengedarkan singlenya, InsyaAllah juga album tidak lama lagi. Setakat ini sudah dua lagu dirakamkan. Satu daripadanya Sukar ciptaan Ajai yang akan dimuatkan dalam kompilasi Mentor 4, manakala sebuah lagu hasil ciptaan saya sendiri iaitu Terakhir.


"Saya berharap pihak penerbitan program Mentor dapat membantu Ila untuk mempromosikan karier seninya selepas ini," katanya.Lazimnya, selepas program itu berakhir mentor mahupun protege akan membawa haluan masing-masing. Namun, tidak bagi Joe yang nampaknya mengambil berat untuk membentuk karier nyanyian Ila. Ila ada Kaliber untuk diketengahkan sebagai artis.

Kehadirannya mengisi kekosongan Kartel Records yang sebenarnya sudah lama berharap untuk memperkenalkan penyanyi R&B wanita.

"Dia ada bakat dan menunjukkan minat untuk menerokai bidang ini, jadi mengapa tidak saya membantunya. Tambahan pula, di Malaysia ini sebenar ramai peminat R&B.

"Mudahan kehadiran Ila diterima masyarakat. Apatah lagi dengan imej Ila, ruang untuknya mencipta nama akan lebih mudah kerana muzik yang diketengahkannya bukan saja boleh diterima golongan dewasa, tetapi juga mendekati pelajar untuk meminati R&B.

"Keyakinan saya pada Ila bahawa dia akan lebih berjaya selepas ini kerana bukan saya seorang saja yang membimbingnya, tetapi ramai lagi komposer dan produser album R&B yang hebat akan menjadi mentornya," kata Joe.

Disunting sebagai artis Kartel Records, Joe menambah, Ila akan diperkenalkan dengan single terlebih dulu sebelum perancangan album diatur.

"Trend pemasaran sekarang semuanya jual single saja. Walau bagaimanapun saya ada perancangan untuk menerbitkan album solonya.

"Konsep yang sesuai dengan Ila adalah pop R&B dan muzik yang boleh dikaitkan dengan semua golongan pendengar.

Albumnya juga akan menampilkan kolaborasi dengan ramai artis serta produser album R&B terkenal," katanya.

Meski memberi keutamaan pada pembikinan album Ila, Joe selaku pemilik Kartel Records turut merancang penerbitan album solo keduanya selain berjanji untuk kembali bersama Malique menghasilkan album terbaru Too Phat.

"Selepas tiga tahun bergerak sendiri tanpa Malique dan bermula dari bawah untuk membina nama sebagai penyanyi solo hip hop akhirnya kami bersatu semula dalam projek khas dinamakan Malique dan Joe. Single kami yang sedang dimain radio ketika ini berjudul Masih Hip Hop.

"InsyaAllah dan sya berharap ia akan menjadi petanda yang baik untuk kami bersatu semula selain melaksanakan album terbaru Too Phat yang sudah lama dinantikan peminat," katanya.

Ila graduan diploma jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Politeknik Kuching Sarawak) yang pemalu orangnya, memaklumkan dia sudah bersedia untuk bergelar penyanyi.

"Berbanding abang (Adi protege Dayang) saya memang tidak begitu gemar menyertai pertandingan kerana merasakan saya tidak cukup bakat.

"Saya menyertai Mentor itupun atas desakan abang. Namun, selepas hampir empat bulan terbabit dalam program itu dan mendapat pula bimbingan daripada penyanyi pujaan, abang Joe ia membuka mata saya.

"Tidak mungkin saya menoleh kebelakangan. Matlamat saya adalah untuk menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya.

Dalam temubual itu, Ila juga menceritakan pengalamannya pertama merakamkansuara di studio.

"Saya tidak pernah masuk studio rakaman sebelum ini disebabkan itulah saya sangat gementar. Namun, saya gembira dapat melaksanakannya," katanya mahu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah tahun depan.

Mengenai imejnya yang bertudung dikatakan tidak bersesuaian dengan genre muzik R&B, Ila berkata, bertudung tidak sepatutnya dijadikan isu, sekali gus membataskan kemahuan seseorang.


PROFIL

JOE

NAMA: Johan Ishak
NAMA PENTAS: Joe
TARIKH LAHIR: 16 Oktober 1979
UMUR: 30 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
GENRE MUZIK: Hip-Hop
PEKERJAAN: penyanyi dan songwriter

ILA
NAMA: Ila Damiaa Johar
NAMA PANGGILAN: Ila
UMUR: 21 tahun
ASAL : Kuching, Sarawak
KERJAYA: Pelajar dan penyanyi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: