Friday, July 9, 2010

Jejak usahawan

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menerusi Program Jejak Usahawan Bumiputera Berdaya Saing anjurannya diharap membantu usahawan Bumiputera memperluaskan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

TERANG...Hanaffi Daud (kiri) memberi penerangan kepada Mustapa  (tengah)  ketika pelancaran Program Jejak Usahawan Bumiputera, semalam.
TERANG...Hanaffi Daud (kiri) memberi penerangan kepada Mustapa (tengah) ketika pelancaran Program Jejak Usahawan Bumiputera, semalam.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pihaknya kini memperkemaskan sistem pengurusan data mengumpul maklumat terkini membabitkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing bagi membolehkan mereka dibantu dari segi pemberian maklumat dan peluang perniagaan di dalam mahupun luar negara.


“Kami akan memperkukuhkan sistem pengurusan data usahawan Bumiputera bagi membantu usahawan dan pelbagai pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat dan peluang perniagaan di luar negara.


“Semua maklumat usahawan berkenaan itu akan dikumpulkan, dianalisa dan digunakan untuk tujuan perancangan yang lebih mantap dalam usaha membangunkan usahawan Bumiputera.


“Dengan itu, kami dapat mengetahui usahawan berjaya yang sebelum ini kami tak tahu pun kewujudannya,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian program itu di Shah Alam, semalam.


Terdahulu, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika berucap merasmikan program itu berkata, kekurangan maklumat yang komprehensif berkenaan firma dan usahawan Bumiputera membuatkan kerajaan komited untuk melaksanakan program.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: