Friday, July 9, 2010

Vanessa nafi main kayu tiga

LONDON: Peragawati Vanessa Perroncel yang pemalu memberitahu dia amat terseksa dengan skandal John Terry ketika sesi fotografi pakaian renang, baru-baru ini.

VANESSA kenali Terry lebih lapan tahun.
VANESSA kenali Terry lebih lapan tahun.
TERRY dikatakan beri sogokan.
TERRY dikatakan beri sogokan.
Peragawati pakaian dalam warga Perancis berusia 34 tahun itu yang digosip menjalin hubungan dengan bintang bola sepak England, berkata dia mahu berterus-terang mengenai skandal terbabit.


Vanessa juga menafikan mempunyai hubungan intim dengan bintang Chelsea itu ketika dia masih menjalin cinta dengan bekas teman lelakinya, pemain Manchester City, Wayne Bridge.


Mengulas mengenai Terry, 29, Vanessa berkata: “Terry adalah sahabat saya. Saya sudah mengenalinya lebih lapan tahun. Ketika saya berpisah dengan Bridge, dia sentiasa ada di samping saya memberi sokongan moral.” Vanessa menafikan sekeras-kerasnya gosip skandalnya dengan Terry yang tersebar luas itu.


“Gosip itu tidak benar sama sekali. Saya dikatakan mengadakan hubungan seks dengan Terry lima kali seminggu dan berita itu amat menjengkelkan,” ujarnya.


Vanessa mempunyai anak berusia tiga tahun hasil hubungannya dengan Bridge. Dia juga menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan Terry memberinya duit bagi menutup mulutnya.


“Saya tidak pernah mendapat sesen pun daripada Terry. Namun, ada pihak yang menuduh saya pisau cukur dan hanya mereka yang bodoh saja akan percaya dengan dakwaan seperti itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: