Thursday, July 15, 2010

Isteri Raul anggap KD tidak bermoral

Silvalay Noor Athalia atau mesra disapa Atha isteri Raul Lemos yang kini dikhabarkan menjadi kekasih Kris Dayanti (KD) menganggap penyanyi itu tidak mempunyai moral.

Atha merasa kecewa dengan sikap suami dan KD yang mengembur-gemburkan berita perkahwinan mereka, walaupun Raul dan Atha masih dalam proses penceraian dan belum mendapat keputusan rasmi daripada hakim.

“Saya kecewa dengan kenyataan KD dan berharap dia tidak terus menipu media serta peminatnya. Ternyata sikap penipunya mula memakan diri. Dulu dia menangis ketika mengumumkan hubungannya dengan Raul sudah berakhir.

“Tetapi ternyata apa yang dikatakan bohong belaka. Sekarang, dia umumkan akan berkahwin pula. Saya harap Raul akan mengajar kekasihnya agar tidak menjadi pembohong,” kata Atha kepada portal Kapanlagi.com.

Atha berkata, dia tidak akan menarik balik kenyataannya yang menganggap KD tidak bermoral kerana KD sepatutnya mengambil sikap berdiam diri dahulu sehingga dia dan Raul benar-benar bercerai.

“Dia sememangnya langsung tidak bermoral. Walaupun saya belum bercerai, dia sudah senyum-senyum dan menunjukkan cincinnya kepada khalayak. Orang seperti itu kah yang boleh dianggap sebagai diva?” Kata Atha dalam nada sinis.

Ketika ditanya Kapanlagi.com sama ada Atha cemburu dengan khabar perkahwinan Raul dan KD, Atha keras menolak dakwaan itu dan cuma mahu maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri dihormati.

“Mahu kahwin, atau bertunang, saya tidak ambil kisah. Saya cuma berharap diri saya dihormati kerana saya masih bergelar isteri Raul dan belum bercerai.

“Cuma jadilah orang yang sedar diri. Bila sudah bercerai, tunjuklah apa-apa yang mereka mahu. Ketika itu kami sudah membawa haluan masing-masing dan saya sendiri tidak ambil kisah lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: