Penyanyi pop alternatife, Avril Lavigne dan personaliti TV serta model ternama Amerika, Brody Jenner yang dikatakan sedang hangat membuai cinta, telah melakarkan bukti kasih sayang mereka menerusi pembuatan tatu di badan masing-masing.
Lima bulan tempoh menjalinkan hubungan bukanlah satu tempoh yang boleh dipercayai bagi sesetengah artis terutama antarabangsa tetapi mereka sudah berani melakukannya.
Brody melakukan tatu dengan tertulis nama Avril di tangan kirinya. Dengan bangganya Brody secara terbuka mempamerkan tatunya itu ketika menghadiri majlis hari jadi Lindsay Lohan, baru-baru ini.
Brody berkata, penghasilan tatu itu bagi membuktikan yang dia kini memberikan sepenuhnya komitmen kepada kekasihnya itu yang sangat popular dalam kalangan remaja.
Avril turut melakukan perkara sama dengan menulis nama Brody. Namun lain pula baginya yang telah melakukannya di bawah buah dada kanannya dengan penuh rasa cinta.
Menurut sumber, sudah ramai ternampak tatu Avril itu ketika terserempak dengan mereka yang menghabiskan masa bersama di salah sebuah pantai peranginan popular beberapa hari sebelum majlis Lindsay berlangsung.
“Setelah saya membuat keputusan, tanpa berlengah lagi saya terus bertindak melakukannya untuk sama-sama membuktikan cinta,” katanya dalam satu temu bual.
Semenjak mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sekitar April lalu, ini merupakan satu benda yang drastik dan di luar jangkaan dilakukan mereka.
Pasangan itu dilihat sangat gembira bersama sepanjang tempoh percintaan ini dan masih tiada lagi tanda-tanda yang mencurigakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: