|
|
JENAMA terkemuka dunia, Donna Karan New York (DKNY) kini menampilkan ratusan koleksi pakaian dan aksesori terbarunya sempena musim luruh ini bagi memberi pilihan tambahan menarik kepada penggemar fesyen.
Koleksi itu diperkenalkan DKNY pada acara Pertunjukan Fesyen DKNY Fall 2010 ketika Minggu Fesyen New York, baru-baru ini.
Rekaan terbaru DKNY yang diilhamkan Hotel Chelsea terkenal di New York itu adalah berbeza dengan koleksi sebelumnya kerana ia memaparkan ciri-ciri pejuang, rocker dan seniman di bandar raya berkenaan bagi memberi penghargaan kepada golongan itu.
Setiap helaian yang dihasilkan mengetengahkan konsep gabungan fabrik dan corak berbeza yang pastinya mengagumkan.
Antara koleksi yang memfokuskan warna gelap itu adalah sut denim, seluar ketat, rompi, kemeja, kot, baju sejuk dan jaket.
Pada keluaran itu, DKNY turut memperkenalkan kemeja-t lengan panjang dan pendek yang berwarna-warni serta seluar denim bagi menampilkan gaya ranggi dan ceria pemakai.
Bagi melengkapkan penampilan dan menyelesakan pemakai menghadapi musim berkenaan, DKNY menyenaraikan aksesori penting seperti tali pinggang, topi salji, sarung tangan serta topi.
Selain itu, aksesori tambahan turut diperkenalkan seperti beg galas, selendang, beg bimbit dan dompet.
Lebih menarik, koleksi yang dikhaskan untuk kaum lelaki itu juga mengeluarkan pakaian unik yang pasti memikat cita rasa seperti kemeja-T kotak-kotak renyuk bersama jaket pendek dan baju kolar tinggi tentera bersama seluar old-school.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: