|
|
MACHANG - Raja Fauziah Syed Yaacob, 44, ibu kepada Sri Ratu Saadong Ketujuh, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, mendakwa telah menghabiskan banyak wang semata-mata untuk mencari kebenaran.
Justeru, dia mempertahankan Putri Anis adalah waris ketujuh keturunan Puteri Saadong yang berasal daripada keturunan Raja Jembal.
"Sama ada pihak tertentu ingin mengiktiraf atau tidak, itu bukan masalah kami dan kami tidak mempunyai apa-apa muslihat selain menceritakan kebenaran supaya semua rakyat Kelantan mengetahui cerita sebenar mengenai sejarah Puteri Saadong.
"Lagipun, kami tidak pernah berniat untuk menuntut apa-apa daripada kerajaan negeri jauh sekali mahu mencabar takhta Kesultanan Kelantan.
"Ia adalah satu kebenaran dan tiada siapa yang mampu untuk menafikannya," katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: