|
|
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihati orang ramai agar jangan panik berhubung kematian enam orang akibat jangkitan kuman air kencing tikus di Lubuk Yu, Maran, Pahang bulan lepas.
Beliau berkata, keadaan kini adalah terkawal dan tiada kes baru dilaporkan.
"Pada hakikatnya penyakit itu biasa berlaku di negara tropika seperti Malaysia dan ia bukan penyakit misteri yang harus dikhuatiri orang ramai.
"Tolong jangan takut-takutkan orang ramai. Ini bukan penyakit misteri," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Hospital Swasta Malaysia (APHM) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: