Setelah puas mengelak apabila diajukan persoalan cinta, artis kontroversi, Fasha Sanda akhirnya mengakui hubungan cinta yang terjalin antaranya dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Menjadi kekasih tanggal 18 Mei lalu tika Rizal memberikan kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa penggambaran drama Duyong Aridinata. "Saya tak dapat menolak perasaan cinta apabila melihat kesungguhan Rizal cuba untuk membuka pintu hati saya untuk bercinta. Namun perancangan untuk berkahwin, rasanya belum tiba masa yang sesuai," ujarnya. Menafikan menjadi punca keruntuhan rumahtangga Rizal bersama pelakon comel, Nora Danish. Fasha menegaskan mereka hanya mula rapat selepas perceraian berlaku dan bukanlah seperti yang didakwa sebelum ini. "Saya bukan punca keruntuhan rumahtangganya dengan Nora Danish. Saya akui telah lama mengenali Rizal sejak tujuh tahun lalu, namun hanya mula rapat selepas mereka bercerai," ujarnya mengakui keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan yang terjalin. |
Thursday, July 1, 2010
FASHA Mengaku Akhirnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: