TERPERANJAT Cik Normah apabila diberitahu yang restoran milik Zahid iaitu Studio Cafe sudah ditutup sejak seminggu lalu. Mulanya Cik Normah ingat ia sekadar usikan atau gurauan teman sepejabat Cik Normah, tapi apabila diselidiki memang benar katanya.
Bekas pemenang Akademi Fantasia musim kedua itu sendiri memaklumkan kepada teman sepejabat Cik Normah mengenai kesahihan perkara terbabit. Difahamkan kerana menanggung kos pengurusan yang tinggi, Zahid dan rakan kongsinya sepakat serta pasrah untuk menutup restoran itu yang beroperasi sejak setahun lalu di Wangsa Walk, Wangsa Maju.Cik Normah sendiri sudah beberapa kali ke sana bersama suami untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan di situ. Teman Cik Normah pun mengakui yang makanan di situ sedap belaka. Tapi nampaknya selepas ini, Cik Normah tak boleh menikmati keenakan makanan di situ lagi. Reda saja.Selain menikmati makanan di situ, Cik Normah juga kerap ternampak kekasih hati Zahid, Nita yang selalu memantau perjalanan restoran itu. Nampaknya selepas ini, Cik Normah terpaksa beralih arah ke restoran Cheng Ho milik Amy Search yang terletak berdekatan.
Kepada Zahid dan rakan kongsinya, Cik Normah sendiri simpati dengan apa yang berlaku. Tapi apakan daya, semuanya sudah termaktub begitu. Mungkin selepas ini, kalau Cik Normah teringin nak makan menu yang pernah dijual di situ terpaksalah Cik Normah suruh Zahid atau Nita masak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: