"Kami puas hati dengan produk yang dikeluarkan. Lebih-lebih lagi kami selebriti pertama di Asia yang keluar dengan produk dari CelebriDucks. Idea ni keluar dua bulan lepas dan syukur hari ini (24 Julai) patung kami dilancarkan. Rekabentuk dan pakaian direka mengikut pendapat kami," ujar Paan. CelebriDucks terkenal dengan rekaan artis popular antarabangsa yang dijelmakan dalam bentuk rubber ducks seperti Elvis Presley, Marilyn Monroe, Micheal Jackson dan ramai lagi. Dan kini Bunkface menjadi satu-satunya artis di Asia yang meraih perhatian pengeluar ikon itik getah untuk diabadikan dalam koleksi CelebriDucks hasil daripada kejayaan luar biasa perjuangan muzik indie mereka.
|
Tuesday, July 27, 2010
CelebriDucks BUNKFACE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: