Tuesday, July 27, 2010

MARI MENARI Bersama Astro

Anda punyai bakat menari yang ingin diketengahkan? Kini Astro membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Mari Menari dan apa yang menarik, kini ia terbuka kepada semua. Program ini bertujuan mencari calon pasangan yang berpotensi dalam bidang seni tari.

"Mereka yang datang tak semestinya perlu mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang tarian tetapi haruslah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni tari. Namun pasangan haruslah yang mempunyai pertalian darah atau muhrim di antara satu sama lain. Mungkin pasangan adik beradik, suami isteri, ibu dan anak lelaki, ayah dan anak perempuan," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi.

Ibarat Sehati Berdansa yang mengenengahkan bakat tarian, Mari Menari juga menampilkan konsep yang sama, cuma ia bakal diwarnakan oleh sesiapa sahaja yang berminat, bukan hanya untuk pasangan selebriti. Dalam pada itu, Azlin juga menolak kemungkinan peserta yang terpilih untuk Mari Menari akan berhadapan dengan situasi yang sama dengan Program Sehati Berdansa.

"Tak ada istilah sumpahan dengan Sehati Berdansa. Perceraian yang berlaku dengan pasangan Sehati Berdansa adalah atas pilihan mereka. Tidak ada kena mengena dengan program ini. Dalam ada yang bercerai,masih ramai yang berjaya menimang cahaya mata dan hubungan kembali terjalin selepas menyertai program tersebut. Kami harap perkara yang lepas tak akan mempengaruhi orang ramai untuk menyertai dan memberi sambutan untuk Mari Menari," tambahnya lagi.

Bagi yang berminat, anda dijemput hadir ke sesi ujibakat mencari pasangan menari yang akan berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos bertempat di Astro Bukit Jalil menerusi pintu utara. Para peserta perlulah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pertalian darah atau hubungan muhrim untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Dokumen yang perlu dibawa adalah :
1. Salinan kad pengenalan
2. Dua keping gambar terkini berukuran 4R
3. Pakaian yang bersesuaian untuk menari sewaktu sesi ujibakat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: