KAJANG: Bekas isteri pelakon dan pengacara, AC Mizal, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib dua anaknya pada masa depan sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya ketika mereka masih kecil.
Esakan Shafnie Zainudin (gambar) yang semakin kuat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes ubah tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Rendah di sini Selasa, menyebabkan dia terpaksa ditenangkan oleh peguam syarienya, Azmi Tan Sri Rais.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menangguhkan prosiding selama 10 minit untuk Shafnie selaku plaintif menenangkan diri.
Tangisan Shafnie, 35, bermula selepas dia disoal berhubung bayaran insurans sebanyak RM1,000 dan dana amanah pendidikan yang dituntutnya daripada defenfan, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini.
“Itu adalah tuntutan yang saya mahu untuk anak-anak. Saya tidak mampu, jadi saya dapatkan sebut harga.
“Insurans pendidikan adalah jika anak-anak ingin lanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Jika apa-apa berlaku pada saya, kos pendidikan anak akan ditanggung insurans,” katanya.
Selain itu, bekas model itu menjelaskan bahawa jumlah perbelanjaan persekolahan yang dituntutnya sebanyak RM300 untuk dua orang anak setahun sememangnya tidak mencukupi.
“AC Mizal pernah beritahu kepada saya bahawa dia tidak akan menanggung sekiranya anak dihantar ke sekolah swasta. Anak sulung bersekolah swasta,” katanya sambil menambah anak bongsu pula bersekolah kerajaan.
Selain itu, Shafnie juga menuntut bayaran bulanan yang terdiri daripada makanan (RM400), pengangkutan (RM240), pengajian Al-Quran (RM280), sewa rumah (RM650) dan pembantu rumah sebanyak RM200.
Dia juga menuntut bayaran pakaian sebanyak RM3,000 setahun yang meliputi pakaian sekolah, aktiviti ko-kurikulum kerana anaknya aktif bersukan dan menganggotai pengakap serta untuk kegunaan hari raya.
Turut dituntut ialah perubatan RM1,500 dan RM3,000 sebagai hiburan dan pelancongan.
“Saya membawa anak-anak berjalan di dalam negara seperti di Pulau Redang. AC Mizal tidak pernah menawarkan atau membawa anak-anak ke luar negara,” ujarnya.
Perbicaraan berjalan tanpa kehadiran AC Mizal, 39, yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kerana mempunyai urusan di saat akhir.
Abdul Halim menetapkan 13 Julai ini untuk sambung bicara.
AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.
Wah... melampau betul dia punya permintaan. Sapa laa yang ajar dia mintak tu semua. Ingat apa si AC tu kerja cetak duit ker. Tangisan tu sekadar lakonan... Aku kerja operator gaji RM1500 cukup jer, sebab apa? Berkat....
ReplyDeletepengajian al-quran RM280?? mak aku bayar RM50 je sebulan.. khatam jugak 2-3 kali.. huih ~ siap ade pembantu rumah... hiburan dan pelancongan?? kalo nak behibur ke melancong ke, usaha carik duit sendri la.. harap duit bekas laki buat pe..
ReplyDeleteAC mizal kn kaya giler..maner ader artis mesia mampu pkai Bentley??
ReplyDeletekalau dier mtak lg bnyk pon xder salahnya kowt..utk ank2 AC jugak...
eiii..korang ni..peduli apa dia minta..dh hak dia utk anak2..si ac pn 1,dh jd tanggungjwb dia knp plak lps tgn?tu kan anak dia juga bkn anak org lain.lain la klu bekas bini dia dh kawin lain..xyah la minta ac lg.x baik btl la,berkira btl
ReplyDeleteinilah dinamakan bapa lupa daratan....sepatutnya sebagai bapa AC lebih bertanggungjawab walaupun telah bercerai dgn ibu anak2nya....jika dah mampu beli porsche dan bentley sama merc takkan tak mampu nak sara anak2....kalau dikatakan bodoh marah la pulak.....
ReplyDeletepilih kasih..
ReplyDeletetakut maknya slah guana....guna untuk sendiri...silap2 beri anak 3 4 posen aje....
ReplyDeletehahahaha aku sokong...minta banyak sgt..agak2 ar..baik ac bela sendiri anak dia...
ReplyDeleteshafnie ni start memintak pon sbb die da cerai da ngan laki baru die tu. pastu sdg elok rezki ac plak tgh murah. dulu dah masuk dalam melodi. die ckp ac xpnh bg nafkah tp ac ckp da bagi siap tunjuk slip bank lagi. tu la shafnie. ko bodoh sgt. tinggal ac sbb kejar datuk pastu da cerai ko cari die balik. jgn berlakon ngan tangisan la jibai
ReplyDeletetah dah cerai ngn laki lama cari balik laki first..apa la punye pompuan belajarla berdikari..sure smtg wrong ngn pompuan ni,dah kawin lain pastu cerai lagi...menyampah pulak tgk..if susah sgt bagi je la ac jaga anak dia..
ReplyDeletekalau nak gi melancong pun minta duit bkas laki,abis tu dia dengan bini dan anak2 nya sekarang nak makan apa.
ReplyDeletetempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tmpt bermain. patah tumbuh hilang berganti yg tumbuh xkan sama ngan yg patah
ReplyDeletesesetengah masyarakat kita masih malu nak jumpa dengan kaunselor bercakap ttg masalah ni. padahal kaunselor-kaunselor ni bukannya org sebarangan. mereka org bijak yg bersikap professional. kalo kita jumpa diaorg mintak pandangan, diaorg akan tolg punya. tpi seperti yg saya cakap, kita masih malu nak jumpa kaunselor. mungkin juga disebabkan kesibukan yg tak habis-habis. dan mungkin juga disebabkan pendedahan yg kurang terhadap fungsi kaunselor dinegara kita ni..
ReplyDelete