|
|
KEHALUSAN kulit wajah yang dimiliki oleh pelakon kacak Aaron Aziz, 34, telah membuatkan dirinya diterima untuk bergelar jurucakap bagi produk lelaki jenama L'Oreal. Memegang tanggungjawab sebagai jurucakap bukannya perkara yang mudah.
Dia perlu mengekalkan cara penjagaan diri supaya mencapai tahap kualiti yang diinginkan oleh jenama tersebut. Namun, disebabkan sudah terbiasa dengan rutin tersebut, Aaron tidak menghadapi sebarang masalah.
"Sebelum bergelar selebriti lagi, saya memang sudah mementingkan aspek kebersihan wajah dan badan. Saya rasa setiap insan perlu mengambil berat mengenai perkara ini kerana ia akan membuatkan diri mereka selesa untuk bertemu khalayak," katanya ketika di temui Stailo di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menyentuh mengenai fesyen pula, bapa kepada tiga cahaya mata itu sering muncul dengan penampilan yang tidak keterlaluan. Baginya stail ringkas lebih menjadikan seorang jejaka itu kelihatan kemas dan bergaya.
"Tidak perlu memakai pakaian yang bukan-bukan semata-mata untuk mendapat perhatian umum.
"Sarungkan saja jean dan baju-T sudah memadai. Seperti saya katakan tadi kebersihan mencerminkan segala-galanya. Pakai segak sekali pun kalau tidak menjaga kebersihan ia tetap tidak akan membantu gaya anda," terangnya.
|
|
Selain itu, Aaron turut membongkar rahsianya yang tidak gemar memakai sebarang kosmetik di wajah sama ada sapuan bedak ataupun pelembap bibir. Dia membuktikan kata-katanya itu dengan mengelap wajahnya menggunakan baju kemeja yang dipakai.
Jelasnya, jangan membiasakan diri dengan bergantung kepada bahan kosmetik melainkan keperluan itu perlu dipakai untuk sesi penggambaran.
Apabila sering mengaplikasi kosmetik di wajah, itu membuatkan seseorang itu tidak selesa jika tidak memakainya.
"Biarlah muka anda bebas daripada penggunaan bahan tambahan. Kekalkan keadaan raut wajah anda secara semula jadi kerana ia lebih bagus berbanding menggunakan sapuan bedak yang tebal," ujarnya yang juga duta Guardian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: