Friday, April 17, 2009

Terkejut mangsa maut kemalangan ipar sendiri


KEADAAN kereta dan motosikal yang terpelanting ke dalam sawah selepas bertembung di Kilometer 9.5, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Kangar kelmarin.


KANGAR – Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Hamidan Hassan, 43, tidak menduga mangsa kemalangan maut yang dibantunya semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat kelmarin adalah iparnya sendiri.

Katanya, semasa pulang dari tempat kerja, beliau terlihat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 9.5, Jalan Kangar-Mengkuang Layar di sini.




Cerita Hamidan, semasa membantu mangsa-mangsa dalam kereta yang terbabas ke dalam sawah itu, beliau terkejut kerana salah seorang yang terbunuh ialah adik iparnya sendiri, Mohamad Tarmizi Ali, 20, yang menumpang kereta itu.

Ketua Polis Trafik Kangar, Cif Inspektor Roslan Mohamad berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, dua terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi cedera apabila kereta yang sedang menghala ke arah Tambun Tulang itu bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: