WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mendedahkan cara soal siasat kejam yang dilakukan ketika George W. Bush berkuasa.
Antara soal siasat kejam itu adalah seperti menutup mata tahanan, kaki dirantai dan diterbang ke pusat-pusat penyiasatan secara rahsia.
Bangunan yang menjadi lokasi siasatan itu sunyi sepi dan tahanan-tahanan dibogel dan gambar mereka dirakam selain janggut mereka dicukur.
Bagaimanapun, jika tahanan-tahanan itu enggan bekerjasama, cara soal siasat ketika era Bush akan ditingkatkan.
Beberapa tahanan menjadi saksi kepada proses itu yang direka untuk mendapatkan maklumat daripada suspek selepas serangan pengganas berlaku pada 11 September 2001 di AS.
Bush berundur menjadi Presiden pada 20 Januari lalu dan digantikan oleh Obama.
Teknik siasatan kejam itu dilakukan oleh anggota-anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan membiarkan tahanan tidur dalam keadaan bogel.
Pakaian dan makanan akan diberikan kepada tahanan yang memberikan kerjasama.
Menampar tahanan di muka dan perut adalah dibenarkan.
Turut dibenarkan adalah memegang tahanan dengan kasar di bahagian kolar dan menghantukkan mereka ke dinding.
Hos air digunakan untuk 'melemaskan' seketika tahanan selama beberapa minit.
Terdapat teknik psikologi yang lebih kejam tetapi tidak digunakan didedahkan oleh Jabatan Pertahanan AS di bawah pentadbiran Obama.
Kaedah itu adalah dengan menunjukkan tahanan sebuah kotak yang mengandungi ulat bulu.
Namun, Obama menyatakan beliau memberi jaminan bahawa anggota-anggota kerajaan yang terlibat dalam soal siasat itu tidak akan didakwa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: