Thursday, April 23, 2009

Shima, Idzham juara MSS 2009

Nor Ashimah Ramli (Shima) dan Muhammad Shamsul Idzham Mohd. Yunus (Idzham) memenangi pertandingan Mangga Star Search 2009 anjuran majalah Mangga yang berlangsung pada 18 April 2009 lalu. Syabas kepada mereka.

Shima juara wanita manakala Idzham juara ketegori lelaki menerima wang tunai RM2,000, trofi serta pelbagai hadiah iringan.

Peserta yang sering menceriakan suasana, Ketty Natalia Rasul Khan menerima anugerah Personaliti Mangga Star Search manakala pasangan Nur Wan Syafinaz Tarmizi dan Idzham menerima anugerah Pasangan Terbaik.

Mangga Star Search diadakan bagi mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian, lakonan, peragaan dan pengacaraan. Majlis anjuran majalah Mangga dan Cherry Entertainment itu turut ditaja Red Apple Communication.

"Saya memang berminat dalam bidang seni dan berharap kemenangan ini akan membuka peluang kepada saya untuk bergerak lebih jauh dalam bidang nyanyian," kata Shima.

Shima, 17, yang berasal darai Johor Bahru akan memberi tumpuan kepada bidang seni apabila tamat belajar nanti. Dia juga mendapat sokongan keluarga.

"Saya harap dapat mencipta nama sebagaimana artis popular lain suatu hari nanti," kata Shima.

Idzham juga sering menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan. Nampaknya kali ini tuah memihak kepadanya.

"Saya memang meminati bidang nyanyian dan ingin menjadikan kemenangan ini sebagai tapak awal saya untuk mencipta nama," kata Idzham pula.

Wajah baru Mangga

Pada majlis yang sama diadakan sambutan ulang tahun Mangga yang ke-14 dan memperkenalkan wajah baru majalah hiburan yang memuatkan cerita artis remaja tanah air itu.

Puluhan artis popular tanah air hadir pada majlis tersebut, antaranya, Dafi, Shila, Farhan, Iqram Dinzly, Nisha Dirr, Rebecca Nur Al-Islam, Shamsul Yusuf, Lisa Surihani, Farid Kamil, Diddy, Ashraff Muslim dan ramai lagi.

Jaclyn Victor, Rio Febrian, Stacy, Bunkface, Sixthsense, Aizat, Adam, Wana dan Roslan Shah pula mengadakan persembahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: