Monday, April 27, 2009

Shabana tambah berat badan untuk Gurinder Chaddha

Shabana Azmi perlu berbadan gempal sebegini untuk kira-kira dua bulan lagi.

JIKA anda melihat seorang wanita gemuk berjalan-jalan di London dan mirip pelakon Bollywood, Shabana Azmi, tidak syak lagi orang itu ialah Shabana Azmi sendiri.

Kelibat badannya yang gemuk itu dapat dilihat di Anugerah Filmfare awards, February lalu.

Hakikatnya, Shabana telah mula menggemukkan badannya sejak dua bulan lalu. Rahsianya? Dia mengamalkan diet yang berkalori tinggi.

Maka, sudah sampai masanya dia memainkan watak sebagai seorang wanita Punjabi yang histeria dalam filem Gurinder Chadha yang bertajuk `It’s A Wonderful Afterlife'.

Shabana perlu mengekalkan bentuk tubuh badan yang gempal dan berat badan berlebihan tersebut untuk sekurang-kurangnya sebulan setengah lagi.

Walaupun tindakan tersebut adalah membahayakan metabolisme badan pada peringkat umurnya, dia bersedia.

Dalam pada itu, dia telah mencukur rambutnya untuk berlakon dalam filem Water arahan Deepa Mehta.

Untuk filem Mandi arahan Shayam Benegal yang juga dibintanginya pula, dia turut menambahkan berat badan untuk menjadi ibu ayam yang kaya di sebuah rumah pelacuran.

Tetapi untuk 25 kilogram (kg) untuk memegang satu watak? Shabana hanya mampu ketawa. "Ya, apa yang anda dengar adalah betul. Berat badan saya telah bertambah sebanyak 25 kg dan berjalan terkedek-kedek tetapi orang lain tidak mengenali saya."

Selain itu, pengalaman bekerja dengan Gurinder chadha yang gemuk turut memberi motivasi kepada Shabana. "Gurinder dapat mengawal dirinya tanpa berasa `bossy'. Itu adalah kualiti yang istimewa untuk seorang pengarah."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: